Monday, November 16, 2009

SALAM 1MALAYSIA

Sedapnya tajuk entry tu..apa taknya dah sebulan asik2 dok sebut benda tu bila nak mulakan percakapan depan orang ramai. Dah mcm trademark la pulak! Wahh..baru nak update blog!!! mesti member-member lain bengang asik masuk je tak hapdet..masuk je masih citer lama. Sorry la kawan-kawan, bukan tak sudi, bukan dah benci, cuma masa aje yang mencemburui kita. Takde masa nak menulis-nulis blog sebab banyak lagi menda lain nak ditulis. Macam-macam dasar nak dicadang dan dibentangkan pada super-super VVIP sampai nak migrain pulak kelapa cis..kepala la.

Cuma kalau ada masa yang terluang tu bolehlah saya mencuri untuk dibebelkan pada blog yang perihatin ini. Harap jangan jemu le nak membacanya ye..

Sunday, October 25, 2009

GOSSIP PANAS!!

Alhamdullilah...hajat hati nak berjumpa dengan rakan-rakan bloggers tercapai hari ini. Buat permulaan ini saya berjumpa dengan Che Manis dan Kak Ina KL. Wahh..best kami bersembang-sembang punya la lama sempat juga saya promote 'benda' tu. Tapi ada sedikit ralat la pulak sebab tersilap kawasan restoran. Saya yang masih ingat-ingat lupa ni bertanyakan pada kawan tentang Restoran Marco Pizza yang 'hebat' tu kekonon nak bawa la kak ina dan che manis lepak situ last2 salah dengar ke kawan tersalah cakap ke ingat Restoran tu berhampiran dengan bangunan Gym yang saya selalu pergi tu rupa-rupanya ia terletak di tempat lain. Sorry la kekawan..salah information. Takpe lain kali datang la ke Alamanda pulak kat situ ada banyak sangat restoran yang best-best.

Tak sangka kak ina orangnya ramah-tamah dan suka ketawa ye..(padan le dgn aku nih! suka ketawa gak..) dan che manis nampak macam muda remaja le pulak kat luar..macam anak dara jek..(apa rahsianya?)Kami lepak kat kedai mamak jek..huhu.Walaubagaimana pun janji dapat berjumpa pun jadi la ye..bukan main lagi saya mengusung kamera padahal tak ambik gambar pun cis!! ini sebab terlupa la ni ingat kamera tu mcm 'handbag' sangkut kat bahu jek..nanti kita buat lagi ye bila2 senang.
Thanks gals kerana sudi lepak2..(kak ina..meh la join saya pergi gym, che manis dah kurus, jeles!!)