Saturday, July 4, 2009

COUNTING THE DAYS...


Eh..ada western lak (ROTI)

Haa..jgn ingat kat sini takde kuih Bom @ ondeh-ondeh, versi Jepun punya inti kacang merah

ONIGIRI

ANEKA SUSHI

MAKI SUSHI

Ada lagi lebih kurang 86 hari ini untuk menghirup udara Nihon dan menikmati kehidupan yang penuh dugaan di Nihon. Bila dah semakin hari dekat hari yang dinanti, semakin terasa debaran dan kepeningan menyiapkan diri untuk 'viva voce'. Harap-harap segala-galanya berjalan lancar dan insyaallah diberi kekuatan dan semangat juang yang tinggi bagi menghadapi saat-saat genting itu. Sebenarnya ia bukanlah satu perkara yang susah bagi seorang yang mempunyai 'public speaking' yang menyakinkan tetapi bagi orang yang jarang-jarang bercakap di depan orang ramai mungkin debaran lagi menggunung. Ada yang juga yang dah biasa bercakap,berucap dan mengendalikan majlis yang lagi besar, namun debaran yang dirasa sudah tentu berbeza berbanding yang ini.

Harap-harap takde la soalan membunuh gitu..seperti yang lepas-lepas takde lagi soalan yang boleh membunuh cuma kali ini langkah berjaga-jaga harus juga dilakukan mana la tahu ada mat salleh yang kacau daun pulak! Setakat ini chapter 1,2,3 dan 5 dah approved! yatta..! tinggal lagi chapter 4 yang masih dalam perbincangan dan penyemakan untuk kali keduanya pada minggu depan.

Malam ini malas nak masak sebab bahan2 semuanya keras macam batu (alasan jek sebenarnya) Jadi kami manfaatkan sisa-sisa hari yang tinggal ini dengan makanan Jepun sebab di Mesia nanti for sure takkan singgah punya restoran Jepun tu. Layan je la ye..

0 comments:

Post a Comment